6 zulkaedah bakal menjelma... Syahdunya... 3 tahun dia telah kembali kepada penciptaNya. Siapalah aku yang mampu menolak takdir yang telah ditulis buat aku. Allah lebih sayangkan dirinya. Aku tahu dia diambil dari aku kerana itu yang terbaik buat dirinya dan juga buat diriku. Seperti apa yang pernah dia katakan kepada aku. " tiada apa yang dapat memisahkan kita, jika ditakdirkan saya berpaling dari menyayangi, hanya maut yang akan memisahkan kita." Ada hikmah di sebalik semua ini. Allah mahu aku lebih berdikari, lebih kuat menghadapi hari-hari mendatang. Allah mahukan aku seteguh karang di lautan, yang tahan cabaran demi cabaran... yang x akan goyah walaupun lautan bergelora..." Allah pinjamkan kita matahari yang memberikan cahaya, Dia datangkan kita hujan lebat, kita tercari2 mana perginya cahaya itu... rupa2nya Allah nak berikan kita pelangi yang indah... Jadi redhalah wahai hati walaupun sendu berlagu pilu... Al Fatihah buat dirimu...