Sunday, 17 April 2016

Bertahun tak menjenguk blog nie. kalau boleh bersarang macam labah-labah, mau tak nampak langsung tulisan.

31 mac 2014, mak pergi menghadap ilahi... beberapa bulan sahaja dari tarikh aku bakal bergelar isteri... 29 mei 2014... mmg sadis... tapi itu dah bahagian yang Allah untukkan buat aku...

bergelar seorang isteri tidak mudah bagi aku. aku yang memang manja dan jarang dimarah amat mudah tersentuh. cengeng... namun hingga ke saat ini aku masih lagi tabah. berusaha untuk memberikan yang terbaik buat seorang yang bergelar suami.