Sunday 17 April 2016

Bertahun tak menjenguk blog nie. kalau boleh bersarang macam labah-labah, mau tak nampak langsung tulisan.

31 mac 2014, mak pergi menghadap ilahi... beberapa bulan sahaja dari tarikh aku bakal bergelar isteri... 29 mei 2014... mmg sadis... tapi itu dah bahagian yang Allah untukkan buat aku...

bergelar seorang isteri tidak mudah bagi aku. aku yang memang manja dan jarang dimarah amat mudah tersentuh. cengeng... namun hingga ke saat ini aku masih lagi tabah. berusaha untuk memberikan yang terbaik buat seorang yang bergelar suami.

Wednesday 28 March 2012

KEINDAHAN PEMULIHAN: Mutiara Kata 1

KEINDAHAN PEMULIHAN: Mutiara Kata 1: kredit: Google "Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan,  dan keutamaan hati ialah keberanian."

Sunday 8 January 2012

best

best... x bosan baca. dari bab 1 sehingga bab 19 nie ok cuma kena hati2 sikit ngan nama2 watak coz kekadang ada tersalah tulis nama watak.

Saturday 1 October 2011

sendu berlagu...

6 zulkaedah bakal menjelma... Syahdunya... 3 tahun dia telah kembali kepada penciptaNya. Siapalah aku yang mampu menolak takdir yang telah ditulis buat aku. Allah lebih sayangkan dirinya. Aku tahu dia diambil dari aku kerana itu yang terbaik buat dirinya dan juga buat diriku. Seperti apa yang pernah dia katakan kepada aku. " tiada apa yang dapat memisahkan kita, jika ditakdirkan saya berpaling dari menyayangi, hanya maut yang akan memisahkan kita." Ada hikmah di sebalik semua ini. Allah mahu aku lebih berdikari, lebih kuat menghadapi hari-hari mendatang. Allah mahukan aku seteguh karang di lautan, yang tahan cabaran demi cabaran... yang x akan goyah walaupun lautan bergelora..." Allah pinjamkan kita matahari yang memberikan cahaya, Dia datangkan kita hujan lebat, kita tercari2 mana perginya cahaya itu... rupa2nya Allah nak berikan kita pelangi yang indah... Jadi redhalah wahai hati walaupun sendu berlagu pilu... Al Fatihah buat dirimu...

Friday 30 September 2011

hanya aku

hanya aku yang tahu...
"hatiku garis langit... hatimu hujung lautan..."